Pergi ke kandungan

Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/28

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
28
Undang-undang Malaysia
Akta 641


(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Perubahan kepada sesuatu kemudahan

29. (1) Mana-mana orang yang telah membuat perisytiharan di bawah seksyen 28 berhubung dengan sesuatu kemudahan hendaklah, jika terdapat apa-apa perubahan di kemudahan itu, mengemukakan maklumat berhubung dengan perubahan itu dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Penyenggaraan dokumen dan daftar

30. (1) Mana-mana orang yang dibenarkan untuk mengeluarkan, memperoleh, menyimpan, memindahkan atau menggunakan sesuatu bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1 hendaklah—

(a) menyenggara suatu daftar dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan; dan
(b) menyimpan semua dokumen selama tempoh yang ditetapkan,

berkenaan dengan operasi kemudahannya berhubung dengan bahan kimia toksik itu.

(2) Daftar itu hendaklah—

(a) disimpan semata-mata bagi tujuan mencatatkan apa-apa rekod dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan;
(b) dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik; dan