Pergi ke kandungan

Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/10

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
10
Undang-undang Malaysia
Akta 641
(ii) kawasan penyimpanan atau pengendalian bagi stok suapan dan keluaran;
(iii) suatu kawasan pengendalian atau rawatan efluen atau buangan;
(iv) suatu makmal kawalan atau analisis;
(v) suatu bahagian perkhidmatan pertolongan cemas atau suatu bahagian berhubung dengan perubatan; dan
(vi) rekod yang berkaitan dengan pergerakan masuk, di sekitar dan dari tapak, bahan kimia yang diisytihar dan stok suapan atau keluaran yang dibentuk daripada bahan kimia yang diisytihar dan stok suapan, sebagaimana yang berkenaan;
(c) apa-apa unit pengeluaran atau unit pemprosesan (“unit”) yang merupakan gabungan barang kelengkapan, termasuk vesel dan komponen vesel, yang perlu bagi pengeluaran pemprosesan atau penggunaan sesuatu bahan kimia;

“Konvensyen” ertinya Konvensyen tentang Larangan Penghasilan, Pengeluaran, Pengumpulan Stok dan Penggunaan Senjata Kimia dan tentang Pemusnahannya;

“Menteri”, melainkan jika dinyatakan secara nyata selainnya, ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri;

“pemerhati” ertinya seorang wakil Negara Pihak meminta kepada Konvensyen atau Negara Pihak ketiga kepada Konvensyen yang hadir di Malaysia untuk memerhati sesuatu pemeriksaan dicabar;

“pemeriksaan dicabar” ertinya pemeriksaan apa-apa kemudahan atau lokasi di Malaysia atau di mana-mana tempat lain di bawah bidang kuasa atau kawalan Malaysia yang diminta oleh Negara Pihak yang lain menurut perenggan 8 hingga 25 Perkara IX Konvensyen;