Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/82

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
82
Undang-Undang Malaysia
Akta 611


Pengawasan oleh pegawai akhlak

47. (1) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak membuat suatu perintah di bawah perenggan 46(5)(d) atau subseksyen 46(6) yang meletakkan seseorang kanak-kanak di bawah pengawasan seorang pegawai akhlak atau seseorang lain, pegawai atau orang lain itu—

(a) hendaklah, selagi perintah itu masih berkuat kuasa, melawat, menasihati dan bertindak sebagai kawan kepada kanak-kanak itu; dan;
(b) boleh, jika pada hematnya perlu berbuat demikian, pada bila-bila masa selagi perintah itu masih berkuat kuasa, membawa kanak-kanak itu ke hadapan Mahkamah Pengawas.

(2) Mahkamah Pengawas yang ke hadapannya seseorang kanak-kanak dibawa di bawah perenggan (1)(b) boleh meminda perintah yang dibuat di bawah seksyen 46—

(a) jika Mahkamah Pengawas itu berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan kanak-kanak itu untuk berbuat demikian; dan
(b) apabila dibuktikan bahawa hal keadaan yang dalamnya perintah itu dibuat telah berubah selepas pembuatan perintah itu,

dan suatu salinan perintah pindaan itu hendaklah diberikan kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang di dalamnya perintah itu dibuat di bawah seksyen 46.

Bahagian VIII
PEMERDAGANGAN DAN PEMELARIAN KANAK-KANAK

Pemindahan milikan, jagaan atau kawalan kanak-kanak dengan menyalahi undang-undang

48. (1) Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam apa-apa transaksi yang tujuannya atau salah satu daripada tujuannya ialah untuk memindahkan atau memberikan, keseluruhannya atau