Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/80

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
80
Undang-Undang Malaysia
Akta 611
(b) hendaklah mengarahkan seorang pegawai akhlak untuk menyediakan dan mengemukakan suatu laporan akhlak kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk Mahkamah itu menentukan sama ada suatu perintah di bawah subseksyen (5) boleh dibuat berkenaan dengan kanak-kanak itu; dan
(c) boleh memerintahkan supaya kanak-kanak itu ditahan buat sementara di suatu asrama akhlak atau pusat jika difikirkannya perlu untuk berbuat demikian.

(4) Bagi membolehkan pegawai akhlak menyediakan dan mengemukakan laporan akhlak yang disebut dalam perenggan (3)(b), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, dari semasa ke semasa, menangguhkan kes itu selama suatu tempoh tidak melebihi satu bulan pada satu-satu masa.

(5) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, selepas menimbangkan laporan akhlak yang disebut dalam perenggan (3)(b) dan mengambil kira bahawa meletakkan kanak-kanak dalam pemeliharaan berasaskan keluarga adalah sebaik-baiknya—

(a) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai;
(b) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu pusat;
(c) membuat suatu perintah menahan kanak-kanak itu di suatu asrama akhlak; atau
(d) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di bawah pengawasan—
(i) seorang pegawai akhlak; atau
(ii) mana-mana orang yang dilantik bagi maksud itu oleh Mahkamah,

selama suatu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah.