Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/79

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
79

itu diletakkan di suatu tempat perlindungan tetapi peletakan itu tidak boleh melampaui tarikh kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun.

Bahagian VII
TIDAK TERKAWAL

Kanak-kanak yang tidak terkawal

46. (1) Suatu permohonan secara bertulis boleh dibuat kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk menahan seseorang kanak-kanak di suatu asrama akhlak atau pusat—

(a) oleh ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, atas alasan bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu tidak berupaya untuk menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu dan kanak-kanak itu mula terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat; atau
(b) oleh Pelindung dalam hal kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga atau telah dibuang oleh ibu atau bapa atau penjaganya dan selepas siasatan yang munasabah ibu atau bapa atau penjaga itu tidak dapat ditemui, atas alasan bahawa kanak-kanak itu tidak berada di bawah pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya dan kanak-kanak itu mula terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat.

(2) Setelah menerima permohonan di bawah perenggan (1)(a), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah menentukan bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu—

(a) memahami sifat dan akibat permohonannya; dan
(b) bersetuju untuk meneruskan permohonannya itu.

(3) Selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan dalam hal permohonan yang dibuat di bawah perenggan (1)(a) penentuan di bawah subseksyen (2) telah dibuat, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak—

(a) hendaklah dengan serta-merta menyiasat hal keadaan kes kanak-kanak itu;