Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/78

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
78
Undang-Undang Malaysia
Akta 611

biasanya atau yang akhir sekali digunakan oleh kanak-kanak itu;

(ii) mengugut kanak-kanak itu bahawa tindakan undang-undang akan diambil jika kanak-kanak itu membawa pergi apa-apa barang pakaian atau apa-apa harta lain yang telah dipinjamkan atau disewakan atau dibekalkan kepada kanak-kanak itu;
(iii) mengugut kanak-kanak itu bahawa tindakan undang-undang akan diambil untuk menuntut apa-apa hutang atau hutang yang dikatakan atau menggunakan apa-apa ugutan lain; atau
(iv) tanpa apa-apa kuasa yang sah di sisi undang-undang menahan kad pengenalan kanak-kanak itu yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran negara atau pasport kanak-kanak itu.

Peletakan sementara menanti prosiding

45. (1) Mana-mana Mahkamah yang menyiasat atau membicarakan mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua (dalam Akta ini disebut “kesalahan terjadual”) boleh memerintahkan supaya seseorang kanak-kanak—

(a) yang mengenainya suatu kesalahan terjadual dikatakan telah dilakukan; dan
(b) yang difikirkan oleh Mahkamah itu memerlukan pelindungan, diletakkan buat sementara di suatu tempat perlindungan sehingga prosiding terhadap orang yang dipertuduh itu diputuskan tetapi peletakan itu tidak boleh melampaui tarikh kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun.

(2) Walaupun prosiding itu sudah diputuskan, Mahkamah boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh Pelindung dan jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan pelindungan, memerintahkan supaya kanak-kanak