Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/74

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
74
Undang-Undang Malaysia
Akta 611
(b) yang ke hadapannya seseorang kanak-kanak dibawa di bawah subseksyen (4),

hendaklah dengan serta-merta memberitahu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak tentang kemasukan sedemikian dengan suatu laporan lengkap mengenai hal keadaan itu dan hendaklah mengikut cara yang sama memberitahu Mahkamah itu apabila kanak-kanak itu meninggalkan tempat itu.

(7) Pelindung boleh mengenakan apa-apa syarat atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya patut bagi maksud memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang diterima masuk atau dibawa di bawah seksyen ini, dan syarat atau arahan itu boleh termasuk yang berikut:

(a) bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian;
(b) bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu hendaklah melawat kanak-kanak itu secara tetap sebagaimana yang ditentukan oleh Pelindung; atau
(c) bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri sesi kaunseling yang dijalankan oleh seorang kaunselor.

42. (Dipotong oleh Akta A1511).

Bab 2
KESALAHAN-KESALAHAN

Kesalahan-kesalahan

43. (1) Mana-mana orang yang—

(a) menjual, menyewakan atau selainnya melupuskan, atau membeli atau menyewa atau selainnya memperoleh milikan, seseorang kanak-kanak dengan niat supaya kanak-kanak itu diambil bekerja atau digunakan bagi maksud pelacuran, sama ada di dalam atau luar Malaysia,