ibu atau bapa atau penjaganya diterima oleh Pelindung masuk ke suatu tempat perlindungan jika Pelindung itu berpuas hati bahawa kanak-kanak itu memerlukan pelindungan dengan segera.
(2) Seseorang kanak-kanak memerlukan pelindungan dengan segera jika ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
- (a) kanak-kanak itu sedang diancam atau ditakut-takutkan bagi maksud pelacuran atau bagi maksud melakukan persetubuhan dengan seseorang lain atau bagi apa-apa maksud lucah;
- (b) kanak-kanak itu akan dikurung atau ditahan oleh seseorang lain dengan melanggar Bahagian ini;
- (c) suatu kesalahan terhadap Bahagian ini sedang atau mungkin akan dilakukan berkenaan dengan kanak-kanak itu; atau
- (d) jika kanak-kanak itu seorang perempuan, bahawa dia sedang hamil anak luar nikah.
(3) Tertakluk pada subseksyen (4) dan (5), dan jika hal keadaan memerlukannya, orang yang menjaga mana-mana tempat perlindungan boleh, atas permohonan yang dibuat kepadanya oleh kanak-kanak itu atau oleh ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, menerima masuk ke tempat perlindungan itu mana-mana kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dengan segera.
(4) Jika orang yang menjaga sesuatu tempat perlindungan menerima mana-mana kanak-kanak di bawah subseksyen (3), kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Pelindung dalam masa dua puluh empat jam selepas dia masuk ke tempat perlindungan itu dengan laporan lengkap mengenai hal keadaannya.
(5) Seseorang kanak-kanak yang diterima masuk di bawah seksyen ini dibenarkan tinggal di tempat perlindungan itu hanya selagi Pelindung berpuas hati bahawa kanak-kanak itu memerlukan pelindungan dengan segera di bawah seksyen ini.
(6) Pelindung—
- (a) yang menerima seseorang kanak-kanak di bawah subseksyen (1); atau