Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/71

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
71

suatu bon selama tempoh perintah itu dengan apa-apa syarat yang boleh termasuk—

(a) dalam hal perenggan (1)(c), memastikan bahawa kanak-kanak itu tinggal di dalam rumah pada masa yang ditetapkan; dan
(b) dalam hal perenggan (1)(e), lawatan tetap ke tempat perlindungan di mana kanak-kanak itu diletakkan.

(8) Mana-mana kanak-kanak yang dihantar ke suatu tempat perlindungan di bawah perenggan (1)(e) hendaklah, apabila habis tempoh peletakannya sama ada—

(a) kerana luput masa; atau
(b) kerana apa-apa pengurangan yang dibuat menurut subseksyen (6),

diletakkan di bawah pengawasan Pegawai Kebajikan Masyarakat atau orang lain yang dilantik oleh Pelindung bagi maksud itu.

(9) Tempoh pengawasan bagi maksud subseksyen (8) hendaklah ditentukan oleh Lembaga Pelawat tempat perlindungan itu atas syor Pelindung tetapi tidak boleh dalam apa-apa hal melebihi satu tahun dari tarikh habis tempoh peletakan kanak-kanak itu.

(10) Menteri boleh, atas permohonan kanak-kanak itu atau ibu atau bapa atau penjaganya, mengecualikan kanak-kanak itu daripada pemakaian subseksyen (8) jika dia berpuas hati bahawa hal itu memerlukan pengecualian itu.

(11) Tanpa menjejaskan kuasa Lembaga Pelawat menurut subseksyen (6), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, atas permohonan secara bertulis yang dibuat oleh—

(a) seorang Pelindung;
(b) ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak yang dimaksudkan dalam perintah yang dibuat di bawah seksyen ini; atau
(c) kanak-kanak itu,