Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/70

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
70
Undang-Undang Malaysia
Akta 611
(e) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat perlindungan selama tempoh tiga tahun dari tarikh kanak-kanak itu masuk ke sesuatu tempat perlindungan di bawah subseksyen 39(1) atau (1a), mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perintah itu hendaklah menjadi kuasa untuk meletakkannya di suatu tempat perlindungan.

(2) Dalam menentukan apakah perintah yang akan dibuat di bawah subseksyen (1), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah memberikan pertimbangan utama kepada kepentingan kanak-kanak itu.

(3) Suatu perintah di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat tanpa memberi ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu peluang untuk hadir dan didengar.

(4) Walau apa pun subseksyen (3), suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Pelindung bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, setelah dikehendaki hadir, telah tidak berbuat demikian, atau tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah.

(5) Perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(c) atau (e) boleh mempunyai kesan melanjutkan tempoh pengawasan atau peletakan kanak-kanak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melampaui tarikh kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun.

(6) Walau apa pun perenggan (1)(e), Lembaga Pelawat tempat perlindungan di mana kanak-kanak itu diletakkan boleh mengurangkan tempoh peletakan kanak-kanak itu tetapi tiada pengurangan boleh dibuat sehingga membolehkan kanak-kanak itu dilepaskan dari tempat perlindungan itu dalam masa dua belas bulan dari tarikh dia masuk ke tempat perlindungan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan itu, kecuali dengan kebenaran Menteri.

(7) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah, apabila membuat suatu perintah di bawah perenggan (1)(c) atau (e), memerintahkan supaya ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu menyempurnakan