(2) Jika seseorang yang kepadanya saman telah disampaikan di bawah subseksyen (1) tidak mengemukakan kanak-kanak itu pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, Pelindung boleh memohon kepada seorang Majistret supaya suatu waran geledah di bawah seksyen 111 dikeluarkan untuk mencari kanak-kanak itu dan mengemukakannya di hadapan Pelindung itu.
(3) Mana-mana kanak-kanak yang dinamakan atau diperihalkan dalam waran sedemikian boleh buat sementara waktu—
- (a) diletakkan di suatu tempat selamat; atau
- (b) diletakkan dalam jagaan saudaranya atau orang lain yang layak dan sesuai atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung,
sehingga Pelindung itu telah menyelesaikan siasatannya di bawah Bab ini.
(4) Pelindung hendaklah membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya patut tentang—
- (a) hal keadaan dan sebab bagi pengambilan kanak-kanak yang disebut dalam subseksyen (1); dan
- (b) kesesuaian orang yang telah mengambil kanak-kanak itu ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya.
(5) Jika, selepas siasatan yang disebut dalam subseksyen (4), difikirkan oleh Pelindung suai manfaat demi kepentingan kanak-kanak itu, dia boleh—
- (a) memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan kepada pemeliharaan, jagaan atau kawalan ibu atau bapa atau penjaganya atau orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak itu berada pada masa pengambilan itu; atau
- (b) membenarkan pengambilan kanak-kanak itu atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung.
(6) Jika pengambilan seseorang kanak-kanak oleh mana-mana orang telah dibenarkan di bawah perenggan (5)(b) tertakluk pada apa-apa terma atau syarat dan keingkaran dibuat pada mematuhi terma atau syarat itu, Pelindung, selepas mengambil kira bahawa