Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/61

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
61


(b) sebagai penghuni suatu tempat selamat atau rumah anak yatim, hospital, institusi atau pusat—
(i) yang disenggarakan oleh Kerajaan Persekutuan atau oleh mana-mana Kerajaan Negeri; atau
(ii) yang diluluskan oleh Menteri;
(c) untuk tinggal di sesuatu institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendidikan; dan
(d) yang lazim menghadiri sesuatu institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendidikan ke dalam jagaan kawan atau saudara ibu atau bapa atau penjaganya dengan keizinan ibu atau bapa atau penjaganya.

(2) Dalam Bab ini, “penjaga” seseorang kanak-kanak ertinya seseorang—

(a) yang dilantik dengan sah melalui surat ikatan atau wasiat atau dengan perintah Mahkamah yang berwibawa untuk penjaga kanak-kanak itu; atau
(b) yang telah mengangkat kanak-kanak itu dengan sah.

Pemberitahuan tentang pengambilan kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalan

35. (1) Jika seseorang mengambil seorang kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya—

(a) orang itu; dan
(b) orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak itu berada pada masa pengambilan itu,

hendaklah, tidak lewat daripada satu minggu selepas itu, memberitahu Pelindung tentang pengambilan itu.