Laman ini telah dibaca pruf
52
Undang-Undang Malaysia
Akta 611
pemeliharaan dan pelindungan, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu, selepas mengambil kira bahawa meletakkan kanak-kanak dalam pemeliharaan berasaskan keluarga adalah sebaik-baiknya, boleh—
- (a) memerintahkan supaya ibu atau bapa atau penjaganya menyempurnakan bon untuk menjalankan pemeliharaan dan penjagaan yang sepatutnya selama suatu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu;
- (b) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan seseorang yang layak dan sesuai selama suatu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu;
- (c) dalam hal seseorang kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga atau yang telah terbuang sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan 17(1)(e), membuat perintah—
- (i) meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan ibu atau bapa peliharaan yang didapati sesuai oleh Ketua Pengarah selama tempoh dua tahun dari tarikh kanak-kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan ibu atau bapa peliharaan itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek, dan sementara itu, meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat selamat; atau
- (ii) meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan orang yang layak dan sesuai selama tempoh dua tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek;
- (ca) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu pusat selama tempoh tiga tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek;