Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/51

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
51

akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat.

(2) Mana-mana anggota keluarga yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(3) (Dipotong oleh Akta A1511).

Kewajipan pengasuh kanak-kanak

29. (1) Jika seseorang pengasuh kanak-kanak mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa seseorang kanak-kanak telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat.

(2) Mana-mana pengasuh kanak-kanak yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Maklumat mengenai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan

29a. Jika mana-mana orang, selain orang yang disebut dalam seksyen 27, 28 dan 29, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks, dia boleh memberikan maklumat itu kepada seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak

30. (1) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati bahawa mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya di bawah seksyen 19 atau 25 ialah seorang kanak-kanak yang memerlukan