Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/50

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
50
Undang-Undang Malaysia
Akta 611


tidaklah menanggung apa-apa liabiliti di sisi undang-undang hanya oleh sebab seseorang kanak-kanak telah diperiksa atau dirawat menurut seksyen itu.

(2) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (1) mengecualikan seseorang pegawai perubatan daripada liabiliti berkenaan dengan pemeriksaan atau rawatan seseorang kanak-kanak jika liabiliti itu ialah liabiliti yang kepadanya dia akan terdedah sekiranya pemeriksaan atau rawatan itu telah dijalankan atau diberikan dengan keizinan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau orang yang mempunyai kuasa untuk mengizinkan pemeriksaan atau rawatan itu.

Kewajipan pegawai perubatan atau pengamal perubatan

27. (1) Jika seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa seseorang kanak-kanak yang sedang diperiksanya atau dirawatnya telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau didedahkan, atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat.

(2) Mana-mana pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(3) Jika pengamal perubatan berdaftar yang disebut dalam subseksyen (1) ialah seorang pegawai perubatan, ia boleh mengambil kanak-kanak yang disebut dalam subseksyen itu ke dalam jagaan sementara sehingga jagaan sementara kanak-kanak itu diambil alih oleh seorang Pelindung atau pegawai polis.

Kewajipan anggota keluarga

28. (1) Jika mana-mana anggota keluarga seseorang kanak-kanak mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi