Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/49

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
49


(b) jika kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital, apabila dia dibenarkan keluar dari hospital.

(2) Jika tidak mungkin kanak-kanak itu dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan buat sementara—

(a) di suatu tempat selamat atau pusat; atau
(b) dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai, sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.

(3) Seseorang kanak-kanak yang—

(a) diambil ke dalam jagaan di bawah subseksyen 20(4); dan
(b) kemudiannya menjalani pemeriksaan atau rawatan perubatan,

hendaklah dikembalikan kepada orang yang daripada pemeliharaannya kanak-kanak itu diambil—

(aa) apabila selesai pemeriksaan atau rawatan sedemikian; atau
(bb) jika kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital, apabila dia dibenarkan keluar dari hospital.

Tiada liabiliti ditanggung kerana memberikan kebenaran

26. (1) Jika seseorang kanak-kanak diperiksa atau dirawat menurut seksyen 21 atau 24

(a) Pelindung atau pegawai polis yang membenarkan pemeriksaan atau rawatan itu;
(b) pegawai perubatan yang memeriksa atau merawat kanak-kanak itu; dan
(c) semua orang yang bertindak membantu pegawai perubatan itu,