Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/47

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
47
(b) boleh, pada memeriksa kanak-kanak itu dan jika dibenarkan sedemikian oleh Pelindung atau pegawai polis, melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa tatacara dan ujian yang perlu untuk mendiagnosis keadaan kanak-kanak itu; dan
(c) boleh memberikan atau menyebabkan diberikan apa-apa rawatan yang difikirkannya perlu berikutan keputusan diagnosisnya itu.

Kebenaran untuk dimasukkan ke hospital

22. Jika pegawai perubatan yang memeriksa seseorang kanak-kanak di bawah seksyen 21 berpendapat bahawa kanak-kanak itu perlu dimasukkan ke hospital bagi maksud pemeliharaan atau rawatan perubatan, seseorang Pelindung atau pegawai polis boleh membenarkan kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital.

Kawalan ke atas kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital

23. Jika seseorang kanak-kanak dimasukkan ke hospital di bawah seksyen 22, Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan ke atas, dan tanggungjawab bagi penyenggaraan, kanak-kanak itu sama seperti yang dipunyai oleh orang yang menjaga sesuatu tempat selamat jika kanak-kanak itu telah diletakkan di tempat selamat itu.

Kebenaran bagi rawatan perubatan

24. (1) Jika, pada pendapat seseorang pegawai perubatan, kanak-kanak yang disebut dalam seksyen 21 memerlukan rawatan bagi penyakit, kecederaan atau keadaan yang ringan, seseorang Pelindung atau pegawai polis boleh membenarkan rawatan sedemikian.

(2) Jika, pada pendapat seseorang pegawai perubatan, kanak-kanak yang disebut dalam seksyen 21 mengalami penyakit, kecederaan atau keadaan yang serius atau memerlukan pembedahan atau rawatan psikiatri, seorang Pelindung atau pegawai polis—

(a) hendaklah dengan serta-merta memberitahu atau mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memberitahu