Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/46

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
46
Undang-Undang Malaysia
Akta 611


(b) ialah seorang pesakit di suatu hospital dan ditinggalkan di hospital itu di bawah subseksyen (2),

untuk menjalani pemeriksaan atau rawatan perubatan, Pembantu Pelindung atau pegawai polis itu hendaklah memberitahu Pelindung mengenai tindakannya itu.

(3) Jika seseorang Pelindung atau pegawai polis tidak mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18 tetapi dia berpuas hati atas alasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, dia boleh mengarahkan secara bertulis orang yang pada hematnya sedang memelihara kanak-kanak itu supaya membawa kanak-kanak itu kepada seorang pegawai perubatan dengan serta-merta.

(3a) Jika Pembantu Pelindung tidak mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18 tetapi dia berpuas hati atas alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, dia boleh, dengan kelulusan Pelindung, mengarahkan secara bertulis orang yang pada hematnya sedang memelihara kanak-kanak itu supaya membawa kanak-kanak itu kepada seorang pegawai perubatan dengan serta-merta.

(4) Jika orang yang disebut dalam subseksyen (3) dan (3a) tidak mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen itu dalam masa empat puluh lapan jam, seseorang Pelindung, Pembantu Pelindung atau pegawai polis boleh mengambil kanak-kanak itu ke dalam jagaan sementara bagi maksud mengemukakan kanak-kanak itu ke hadapan seorang pegawai perubatan.

Pemeriksaan dan rawatan perubatan

21. Seseorang pegawai perubatan yang ke hadapannya seseorang kanak-kanak dikemukakan di bawah subseksyen 20(1), (1a) atau (4)—

(a) hendaklah menjalankan atau menyebabkan dijalankan pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu;