atau agen yang bukan tidak sengaja kepada tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan dengan, antara lain, laserasi, kontusi, lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang yang lain, dislokasi, seliuh, pendarahan, pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau fungsi fisiologi atau gugur rambut atau kehilangan gigi;
- (b) dicederakan dari segi emosi jika ada gangguan yang substansial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu yang dibuktikan dengan, antara lain, kecelaruan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, kelangsangan atau perkembangan lambat;
- (c) teraniaya dari segi seks jika dia telah mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi maksud—
- (i) apa-apa bahan, fotograf, rakaman, filem, pita video atau persembahan yang berunsur pornografi, lucah atau sumbang; atau
- (ii) eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.
Bab 2
JAGAAN SEMENTARA DAN PEMERIKSAAN DAN RAWATAN PERUBATAN
Pengambilan kanak-kanak ke dalam jagaan sementara
18. (1) Mana-mana Pelindung, Pembantu Pelindung atau pegawai polis yang berpuas hati atas alasan-alasan yang munasabah bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan boleh mengambil kanak-kanak itu ke dalam jagaan sementara, melainkan jika Pelindung, Pembantu Pelindung atau pegawai polis itu berpuas hati bahawa—
- (a) pengambilan prosiding berhubung dengan kanak-kanak itu tidak wajar demi kepentingan kanak-kanak itu; atau