Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/41

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
41


(j) kanak-kanak itu ialah—
(i) anggota keluarga isi rumah yang sama dengan kanak-kanak yang disebut dalam perenggan (i); atau
(ii) anggota keluarga isi rumah yang sama dengan orang yang telah disabitkan atas kesalahan yang disebut dalam perenggan (i),

dan yang nampaknya dalam bahaya akan dilakukan ke atasnya atau berkenaan dengannya kesalahan yang serupa dan ibu atau bapa atau penjaganya—

(aa) ialah orang yang melakukan atau disyaki telah melakukan kesalahan itu;
(bb) ialah orang yang telah disabitkan atas kesalahan sedemikian; atau
(cc) tidak upaya atau berkeberatan melindunginya daripada kesalahan sedemikian;
(k) kanak-kanak itu dibenarkan berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud—
(i) mengemis atau menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan;
(ii) menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang, loteri haram, perjudian atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu; atau
(iii) menjalankan apa-apa aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

(2) Bagi maksud Bahagian ini, seseorang kanak-kanak—

(a) dicederakan dari segi fizikal jika ada kecederaan yang substansial dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat pengenaan kekerasan