Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/40

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
40
Undang-Undang Malaysia
Akta 611


(e) kanak-kanak itu—
(i) tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga; atau
(ii) telah dibuang oleh ibu atau bapa atau penjaganya dan selepas siasatan yang munasabah ibu atau bapa atau penjaga itu tidak dapat ditemui;
(f) kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat atau dirawat—
(i) bagi maksud memulihkan atau memelihara kesihatannya; dan
(ii) ibu atau bapa atau penjaganya abai atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian;
(g) kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara yang, atau yang mungkin, memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan ibu atau bapa atau penjaganya tidak upaya atau berkeberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan atau langkah-langkah memperbaiki keadaan yang diambil oleh ibu atau bapa atau penjaga itu gagal;
(h) (Dipotong oleh Akta A1511);
(i) kanak-kanak itu ialah seorang yang berkenaan dengannya mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau mana-mana kesalahan daripada jenis yang diperihalkan dalam seksyen 31, 32 dan 33 telah atau disyaki telah dilakukan dan ibu atau bapa atau penjaganya—
(i) ialah orang yang melakukan kesalahan sedemikian atau yang disyaki telah melakukan kesalahan sedemikian; atau
(ii) telah tidak melindunginya atau tidak mungkin akan melindunginya daripada kesalahan sedemikian;