Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/38

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
38
Undang-Undang Malaysia
Akta 611


(5) Bagi maksud seksyen ini, “menyampaikan” termasuklah menyiarkan melalui radio atau televisyen.

Anggapan mengenai umur

16. (1) Jika dalam sesuatu pertuduhan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan di bawah Akta ini—

(a) dikatakan bahawa orang yang melakukan kesalahan itu di bawah umur atau sudah mencapai mana-mana umur yang tertentu; dan
(b) bahawa orang itu pada hemat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak adalah pada tarikh pelakuan kesalahan yang dikatakan itu di bawah umur atau sudah mencapai umur yang tertentu, mengikut mana-mana yang berkenaan,

orang itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, dianggapkan pada tarikh itu di bawah umur atau sudah mencapai umur itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan apa-apa perintah yang dibuat dalam pertuduhan itu tidak boleh dibatalkan dengan apa-apa bukti kemudiannya bahawa umur itu telah dinyatakan dengan tidak betul.

(2) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berasa ragu-ragu tentang umur yang tepat bagi orang yang dikatakan telah melakukan sesuatu kesalahan, perakuan seorang pegawai perubatan yang bermaksud bahawa, pada pendapatnya, orang itu sudah atau belum mencapai umur yang tertentu boleh diberikan sebagai keterangan, dan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah mengisytiharkan umur orang itu bagi maksud Akta ini.

(3) Umur yang diisytiharkan sedemikian oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai umur sebenar orang itu, melainkan dan sehingga dibuktikan sebaliknya.