Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/37

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
37
(c) mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah atau disyaki telah dilakukan; atau
(d) mana-mana prosiding di bawah Bahagian VI,

tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan, atau memasukkan apa-apa butir yang dikira boleh membawa kepada pengenalpastian mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan dengannya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.

(2) Gambar—

(a) mana-mana kanak-kanak yang terlibat dalam mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (1); atau
(b) mana-mana orang, tempat atau benda lain boleh membawa kepada pengenalpastian mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian,

tidak boleh disiarkan dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.

(3) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau, dalam hal keadaan yang memerlukan tindakan segera, Majistret—

(a) boleh, jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau Majistret itu berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian; dan
(b) hendaklah, dalam hal sesuatu permohonan oleh atau dengan kebenaran Pelindung,

mengetepikan kehendak seksyen ini setakat yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah atau Majistret itu.

(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.