itu berhubung dengan seseorang perempuan yang berumur lapan belas tahun ke atas dan apa-apa kesalahan di bawah Akta yang sama, disambung dan ditamatkan di bawah Akta yang sama dan bagi maksud ini maka hendaklah dikira seolah-olah Akta itu tidak dimansuhkan.
Penerusan Majlis, dsb.
132. (1) Majlis Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-Kanak, Pasukan-Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak, Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebajikan Juvana, Lembaga-Lembaga Pelawat dan jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan, dan pegawai-pegawai dan orang yang dilantik, di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, disifatkan telah ditubuhkan atau dilantik di bawah Akta ini dan hendaklah mempunyai kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, kewajipan dan obligasi yang diberikan kepada Majlis Pasukan-Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak, Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak, Lembaga-Lembaga Pelawat dan jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
(2) Anggota-anggota Majlis, Pasukan, Jawatankuasa, Lembaga dan jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan dan mana-mana pegawai dan orang yang dilantik di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan yang memegang jawatan pada hari sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah terus memegang jawatan di bawah Akta ini sehingga habis tempoh pelantikan mereka atau mereka meletakkan jawatan atau pelantikan mereka dibatalkan mengikut Akta ini dan hendaklah mempunyai kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, kewajipan dan obligasi yang sama seolah-olah mereka telah dilantik di bawah Akta ini.
(3) Tiap-tiap perbuatan atau benda yang dilakukan, diambil atau dimulakan oleh anggota-anggota Majlis, Pasukan, Jawatankuasa, Lembaga, jawatankuasa pegawai-pegawai dan orang yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2), dan oleh Lembaga Hakim Pelawat, di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada dan selepas tarikh yang ditetapkan, disifatkan telah dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta ini.