Pergi ke kandungan

Laman:Akta Distres 1951 (Akta 255).pdf/9

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Distres
9

notis itu (tidak menjadi kurang daripada enam hari daripada tarikh tersebut), melainkan ia membayar amaun yang kena dibayar dalam tempoh lima hari daripada tarikh tersebut, atau mendapatkan suatu perintah yang menahan jualan tersebut.

(2) Jika penyewa itu tidak berada di atas premis itu, notis tersebut boleh diberikan kepada mana-mana orang yang berupa sebagai mendudukinya atau, jika tiada orang sedemikian, dengan menampalkannya di sesuatu tempat yang mudah dilihat disitu.

Permohonan oleh penyewa kecil, penginap, dsb., bagi pembatalan, penggantungan atau pelepasan

10. (1) Jika apa-apa harta alih kepunyaan−

(a) mana-mana penyewa kecil;
(b) mana-mana penginap; atau
(c) mana-mana orang lain yang bukan seorang penyewa premis itu atau mana-mana bahagiannya, dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan benefisial dalam apa-apa tenansi premis itu atau apa-apa bahagiannya,

telah disita di bawah suatu waran distress yang dikeluarkan untuk mendapatkan tunggakan sewa yang kena dibayar kepada seorang tuan tanah atasan oleh penyewa terdekat, maka penyewa kecil, penginap, atau orang lain yang disebut terdahulu itu boleh memohon kepada Hakim untuk membatal atau menggantungkan waran itu atau untuk melepaskan suatu barang yang ditahan:

Dengan syarat bahawa−

(i) tiada perintah boleh dibuat melainkan penyewa kecil, penginap atau orang lain yang disebut terdahulu itu memuaskan mahkamah bahawa penyewa terdekat itu tidak mempunyai hak mengenai harta atau kepentingan benefisial ke atas perabot, barang atau harta-benda dan bahawa perabot, barang atau harta-benda itu adalah harta atau dalam milikan yang sah penyewa kecil, penginap atau orang lain yang disebut terdahulu; dan