Pergi ke kandungan

Laman:Akta Distres 1951 (Akta 255).pdf/8

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 255


Harta yang dikecualikan daripada disita

8. Harta yang boleh disita di bawah suatu waran distress hendaklah tidak termasuk−

(a) benda-benda yang sebenar digunakan yang berada dalam tangan seseorang pada masa penyitaan itu;
(b) alat atau pekakas yang tidak digunakan jika ada harta alih yang lain di dalam atau di atas rumah atau premis mencukupi untuk menampung amaun dan kos itu;
(c) pakaian yang perlu oleh penyewa dan tempat tidur yang perlu bagi diri dan keluarganya;
(d) barang-barang dalam milikan penyewa itu bagi maksud dibawa, ditempa, diusahakan, atau selainnya diuruskan dalam menjalankan tred atau perniagaan biasanya;
(e) barang-barang kepunyaan tetamu di suatu rumah inapan;
(f) barang-barang dalam jagaan undang-undang;
(g) harta mana-mana Kerajaan, harta yang diletak hak dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan bagi maksud pihak berkuasa tempatan, dan harta yang diletak hak bagi maksud awam dengan mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada ditubuhkan atau tidak, yang Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengumumkan sebagai dikecualikan daripada prosiding distress.

Inventori dan anggaran harta yang disita dan notis kepada penyewa mengenai penyitaan itu

9. (1) Sejurus selepas menyita apa-apa harta di bawah suatu waran distress, bailiff hendaklah membuat suatu inventori dan suatu anggaran penilaian berhubung dengannya, dan hendaklah memberi kepada penyewa notis penyitaan dengan suatu salinan inventori dan penilaian dilampirkan, memberitahunya mengenai amaun yang kena dibayar di bawah waran itu dan bahawa harta yang disita itu akan dijual pada suatu masa dan tempat yang akan dinamakan dalam