Pergi ke kandungan

Laman:Akta Distres 1951 (Akta 255).pdf/7

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Distres
7

permohonan itu. Suatu surat kuasa wakil boleh diterima sebagai kuasa itu.

(3) Tunggakan sewa boleh didapati melalui tahanan harta selepas penamatan tenansi itu, dengan syarat bahawa sama ada penyewa masih menduduki premis itu yang berkenaan dengannya sewa itu dituntut sebagai kena dibayar, atau apa-apa barang penyewa masih berada di atas premis itu.

Peruntukkan bagi distres oleh salah seorang pemunya bersesama

6. Jika suatu hak kepada suatu tahanan harta terakru kepada orangorang bersesama atau bersama-sama berkepentingan dalam manamana premis, hak itu boleh dijalankan oleh salah seorang daripada orang-orang itu di atas namanya sendiri dan nama-nama mereka yang mempunyai kepentingan bersesama atau bersama-sama dengannya, dan pengenaan itu adalah suatu penjelasan yang cukup kepada defendan bagi amaun yang didapati itu; tetapi Hakim atau Pendaftar boleh dalam apa-apa keadaan memerlukan pihak yang memohon itu mengemukakan suatu kuasa bertulis untuk menahan harta, yang ditandatangani oleh orang-orang lain yang bersesama atau bersamasama berkepentingan dengannya.

Waran distress

7. Suatu waran distress hendaklah dialamatkan kepada bailif, mengarahkannya seterusnya untuk menahan apa-apa harta alih yang dijumpai olehnya di atas premis yang dinamakan dalamnya, atau apa-apa bahagian harta itu sebagaimana dalam pertimbangnya boleh mencukupi, apabila dijual, untuk mendapatkan amaun sewa yang dinyatakan di dalamnya sebagai kena dibayar kepada pemohon itu, bersama-sama dengan apa-apa jumlah sebagaimana boleh kena dibayar kepada pemohon dengan cara kos dan kepada bailiff bagi fi dan perbelanjaannya:

Dengan syarat bahawa sebelum suatu waran distress dikeluarkan mahkamah boleh memerlukan pemohon itu membayar ke mahkamah secara tunai apa-apa jumlah sebagaimana mahkamah fikirkan perlu untuk menampung fi dan perbelanjaan bailif itu.