(4) Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan di atas sebab yang mencukupi dan di atas apa-apa syarat sebagaimana Hakim sifatkan adil, di atas permohonan oleh mana-mana orang yang berkepentingan, walaupun tempoh yang ditetapkan itu habis.
(5) Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu waran distress bagi maksud seksyen 72 dan proviso (b) kepada seksyen 93 (1) Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92].
Penalti
24. Mana-mana orang yang menjual atau bersubahat dengan penjualan apa-apa harta yang disita di bawah suatu waran distress yang melanggar peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah mahkamah berhubungan dengan penjualan harta yang disita di bawah waran distress, hendaklah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan.
Notis keluar
25. Jika sewa yang kena dibayar oleh mana-mana penyewa, selain daripada bagi suatu tempoh tentu, mengenai mana-mana rumah atau premis kepada tuan tanahnya masih belum dibayar bagi tempoh tidak kurang daripada empat belas hari selepas pembayarannya menjadi kena dibayar dan masih belum dibayar, maka, dalam ketiadaan suatu perjanjian yang nyata di antara pihak-pihak itu bagi sebaliknya, apa-apa notis keluar yang diberi oleh tuan tanah kepada penyewa hendaklah, jika tempohnya adalah sebaliknya mencukupi, habis pada mana-mana hari yang boleh melalui syarat notis ditentukan bagi habis tempohnya, sama ada hari serentak dengan penamatan sebahagian tempoh penyewaan atau tidak.
Pemansuhan
26. (1) Undang-Undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual bersama-sama ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual itu.