waran distress itu. Notis kepada penghutang pelaksanaan boleh diberi dengan melekatkannya di premis di atas mana barang itu disita.
(3) Si piutang pelaksanaan atau penghutang pelaksanaan boleh memohon kepada mahkamah untuk membatal atau menggantungkan waran distress itu, dan mahkamah boleh menjalankan semua atau apa-apa kuasa tersebut sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 17 dan 18 dalam keadaan suatu permohonan di bawah seksyen 16.
Pemindahan barang untuk mengelakkan distress
21. (1) Jika mana-mana orang memindahkan atau menyebab atau membenarkan pemindahan daripada mana-mana premis harta yang boleh disita di bawah suatu waran distress, dengan niat untuk menghalang atau menegah penahanan harta tersebut, seorang Hakim boleh, di atas permohonan oleh tuan tanah, memberi kuasa kepada bailiff, dalam tempoh tiga puluh hari pemindahan tersebut, untuk menyusur dan menyita apa-apa harta dalam pelaksanaan waran itu, di mana sahaja ia boleh dijumpai, dan untuk menguruskannya seolah-olah harta itu telah disita di atas premis itu.
(2) Bailif boleh, tanpa suatu perintah yang sedemikian, menyusur dan menyita apa-apa harta tersebut yang dijumpai olehnya semasa dalam proses pemindahan.
Jika barang yang dipindahkan dijual kepada pembeli bona fide
22. (1) Jika mana-mana harta yang dipindahkan telah dijual bagi nilai wajar, sama ada sebelum atau selepas pemindahan, kepada seorang pembeli bona fide yang tidak mengetahui atau mempunyai keupayaan untuk mengetahui bahawa harta itu dikenakan distres bagi kegagalan untuk membayar sewa atau telah dipindahkan dengan tujuan untuk menghalang atau mencegah penahanan harta itu, harta itu tidak akan disita, atau jika disita, akan dikembalikan kepada pembeli itu.
(2) Mana-mana orang yang menuntut dirinya sebagai pembeli bona fide bagi nilai wajar apa-apa harta yang disita di bawah seksyen 21 boleh dalam tempoh empat hari penyitaan tersebut, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana seorang Hakim boleh membenarkan, memohon suatu perintah supaya harta yang disita itu dikembalikan