Kos
18. Apa-apa kos yang tertanggung dalam mana-mana prosiding adalah dalam budi bicara Hakim dan boleh dalam keadaan yang sesuai ditambahkan kepada amaun yang boleh dikenakan di bawah waran.
Jualan harta yang disita
19. Tertakluk kepada Akta ini harta yang disita di bawah suatu waran distress hendaklah dijual pada masa dan di tempat yang dinamakan dalam notis yang diperlukan oleh seksyen 9; dan hasil bersih penjualan itu hendaklah digunakan pertamanya bagi pembayaran fi dan perbelanjaan bailiff dan kemudiannya bagi penjelasan sewa dan kos dibayar oleh penyewa kepada tuan tanah. Baki, jika ada, yang tinggal selepas bayaran itu hendaklah dipulangkan kepada penyewa atau orang lain yang berhak kepadanya.
Tatacara jika harta yang boleh disita di bawah suatu distress telah pun berada di bawah sitaan dengan cara pelaksanaan
20. (1) Jika apa-apa harta yang boleh disita di bawah suatu waran distress telah pun disita dalam pelaksanaan melalui perintah manamana mahkamah, ia tidak boleh disita di bawah waran distress itu selagi ia berada di bawah penyitaan itu; tetapi pegawai yang mempunyai milikan dalam pelaksanaan hendaklah diberitahu mengenai waran distress itu, dan hendaklah kemudian itu, tertakluk kepada apa-apa keutamaan tuntutan oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri, kena membayar dari hasil penjualan barang yang disita olehnya, selepas bayaran darinya perbelanjaan pelaksanaan dan penjualan, tetapi mengikut keutamaan kepada apa-apa bayaran lain, amaun yang didapati sebagai kena dibayar kepada tuan tanah:
Dengan syarat bahawa bayaran itu tidak boleh dalam apa-apa kadaan melebihi amaun yang kena dibayar bagi sewa enam bulan yang akhir.
(2) Pegawai yang mempunyai milikan di bawah waran pelaksanaan hendaklah, apabila diberitahu sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (1), memberi notis secara bertulis kepada si piutang pelaksanaan dan penghutang pelaksanaan mengenai