Laman ini telah dibaca pruf
Distres
11
potongan yang sama daripada apa-apa sewa yang kena dibayar atau yang akan kena dibayar olehnya kepada tuan tanah terdekatnya.
Kekecualian barang tertentu
12. Seksyen 10 tidak terpakai−
- (a) bagi barang kepunyaan suami atau isteri penyewa yang sewanya dalam tunggakan, atau kepada barang yang terkandung dalam apa-apa bil jualan, perjanjian sewa beli, atau penyelesaian yang dibuat oleh penyewa itu, atau kepada barang dalam milikan, tempahan atau kawalan penyewa itu dengan persetujuan dan kebenaran pemunya yang sebenar di bawah apa-apa hal keadaan bahawa penyewa itu adalah pemunya yang bereputasi baik;
- (b) bagi barang rakan kongsi penyewa terdekat;
- (c) bagi barang (bukan barang seorang penginap) di atas premis di mana apa-apa tred atau perniagaan dijalankan di mana kedua-dua penyewa terdekat dan penyewa kecil mempunyai suatu kepentingan;
- (d) bagi barang (bukan barang seorang penginap) di atas premis yang digunakan sebagai pejabat atau gudang di mana pemunya barang itu mengabaikan bagi satu bulan kalendar selepas notis (yang akan diberi dalam cara yang sama seperti suatu notis keluar) untuk memindahkan barang dan mengosongkan premis itu; dan
- (e) bagi barang kepunyaan dan dalam pejabat mana-mana syarikat atau perbadanan di atas premis di mana penyewa terdekat adalah seorang pengarah atau pegawai, atau dalam penggajian, syarikat atau perbadanan itu.
Kekecualian penyewa kecil tertentu
13. Seksyen 10 tidak terpakai kepada mana-mana penyewa kecil jika tenansi kecil itu telah diwujudkan dengan melanggar apa-apa waad atau perjanjian bertulis di antara tuan tanah dengan penyewa terdekatnya.