Pergi ke kandungan

Laman:Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237).pdf/22

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
22
Undang-Undang Malaysia
AKTA 237


(3) Pencen yang telah diselaraskan di bawah subperenggan (1) hendaklah kena dibayar mulai 1 Januari 2014.

(4) Pencen atau pencen terbitan yang diberi kepada –

(a) orang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota; atau
(b) orang tanggungan kepada Ahli atau Anggota yang mati itu,

sebelum 1 Januari 2014, hendaklah terlebih dahulu diselaraskan mengikut peruntukan Jadual Pertama Akta hingga 31 Disember 2013 seolah-olah Jadual Pertama tidak dipinda oleh Perintah ini, sebelum penyelarasan semula pencen atau pencen terbitan itu dibuat mengikut subperenggan (1).

(5) Apa-apa pencen atau pencen terbitan yang telah diselaraskan menurut subperenggan (4) hendaklah dikira semula mengikut subperenggan (1) dan hendaklah kena dibayar mulai 1 Januari 2014.

(6) Peruntukan subperenggan (4) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pencen yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(b) Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971 [Akta 22] seolah-olah ia suatu pencen yang dibayar di bawah Jadual ini dan perenggan 5 dan 6, mengikut man-mana yang berkenaan, hendaklah terpakai.

Faedah bagi bekas Perdana Menteri

21. (1) Seseorang yang terhenti memegang jawatan jawatan Perdana Menteri, atau seseorang yang dahulunya telah memegang jawatan Perdana Menteri sebelum tarikh Akta ini berkuat kuasa, adalah berhak mendapat apa-apa elaun dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.

(2) Ketetapan oleh Jemaah Menteri menurut subperenggan (1) hendaklah dipakai mutatis mutandis kepada elaun, faedah dan keisitimewaan yang kena dibayar atau yang diberi menurut subperenggan 2(c),(d) dan (e) Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971 seolah-oleh ia diberi di bawah subperenggan (1).

22. (Dipotong oleh P.U.(A) 38/2015)