itu diteruskan dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agung;
- (b) jika hasil daripada pelaksanaan peruntukan Jadual ini suatu keadaan timbul yang melibatkan penentuan sama ada sesuatu hak atau keistimewaan berhubung dengan pencen atau pencen terbitan patut, jika diberi pertimbangan terhadap prinsip-prinsip yang menjadi asas peruntukan Jadual ini, terakru kepada seseorang yang telah berhenti menjadi Ahli atau Anggota dalam tempoh dari 31 Ogos 1957 hingga tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini atau kepada orang tanggungan orang itu, dan keadilan serta ekuiti menghendaki keadaan itu diselesaikan, peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan supaya sesuatu hak atau keistimewaan diberi kepada orang itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.
Meminda Jadual melalui perintah
19A. Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda Jadual ini jika pada pendapatnya adalah perlu dan mustahak untuk berbuat demikian, dan apa-apa pindaan yang dibuat sedemikian hendaklah mempunyai kesan seolah-olah diperbuat dalam Jadual ini.
Perwakilan kuasa
19B. Apa-apa kuasa yang diberi kepada, atau kewajiban yang dikenakan ke atas, Yang di-Pertuan Agong oleh Jadual ini, kecuali kuasa yang diberi oleh perenggan 19 dan 19A, boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Perdana Menteri atau seseorang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Perdana Menteri.
Penghitungan semula pencen dan pencen terbitan
20. (1) Apa-apa pencen yang diberikan di bawah perenggan 2 atau pencen terbitan yang diberikan di bawah perenggan 5 atau 6 hendaklah diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan sebanyak dua peratus dan hendaklah dibayar mulai Januari setiap tahun.
(2) Tertakluk kepada subperenggan (1), jika Ahli atau Anggota diberi pencen hanya apabila mencapai umur lima puluh tahun oleh sebab beliau telah menjadi Ahli untuk pertama kalinya pada atau selepas 1Julai 1990 dan terhenti menjadi Ahli atau Anggota apabila menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia terhenti menjadi Ahli atau Anggota, pencennya hendaklah diselaraskan dengan kenaikan sebanyak dua peratus bermula dari tahun kedua dia diberi pencen itu.