(2) Seseorang yang telah menjadi Setiausaha Politik bagi apa-apa tempoh dan sepanjang tempoh itu tidak serentak menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hendaklah, terhenti menerima pencen yang kena dibayar kepadanya oleh sebab dia pernah menjadi Setiausaha Politik semasa dia menjadi ahli, tetapi tempoh perkhidmatan sebagai Setiausaha Politik bolehlah diambil kira bagi maksud menghitung lamanya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya untuk pencen dan ganjaran di bawah Jadual ini.
Perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tempoh dalam Dewan Undangan, dsb.
17. (1) Tertakhluk kepada subperenggan (2), jika seseorang sebelum menjadi Ahli atau Anggota telah menjadi ahli Dewan Undangan atau Council Negeri sesuatu Negeri, tempoh, terus-menerus atau tidak, sepanjang mana dia telah menjadi ahli Dewan Undangan atau Council Negeri bolehlah diambil kira bagi maksud menghitung lamanya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya.
(2) Tiada apa-apa tempoh di bawah subperenggan (1) boleh diambil kira bagi maksud Jadual ini jika seseorang Ahli atau Anggota telah hilang kelayakan daripada menjadi ahli Dewan Undangan atau Council Negeri atau jika dia telah diberi kedua-duanya pencen dan ganjarannya bagi tempoh itu di bawah mana-mana undang-undang mengenai pencen dan ganjaran bagi Anggota Pentadbiran sesuatu Negeri dan ahli Dewan Undangan atau Council Negeri sesuatu Negeri.
Kemudahan perubatan
18. Seseorang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota dan yang layak menerima pencen di bawah perenggan 2, atau orang tanggungannya, adalah berhak mendapat apa-apa kemudahan perubatan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana ditentukan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.
Peraturan-peraturan
19. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan untuk menjalankan dengan lebih baik lagi Jadual ini.
(2) Tanpa menyentuh keluasan subperenggan (1) ─
- (a) jika seseorang atau Ahli atau Anggota, sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, telah mendapat apa-apa hak atau keistimewaan berhubung dengan pencen atau ganjaran di bawah undang-undang yang dimansuhkan di bawah seksyen 13 dan tidak ada peruntukan dalam Jadual ini untuk membicarakan hak atau keistimewaan itu, peraturanperatuan itu boleh membuat peruntukan supaya hak atau keistimewaan