daripada tiga puluh enam bulan tetapi pencen yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(2) adalah kurang daripada tiga ribu ringgit, maka pencen bulanan yang kena dibayar ialah tiga ribu ringgit.
Ganjaran bagi Ahli atau Anggota
4. (1) Seseorang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota boleh diberi ganjaran yang dihitung mengikut formula yang berikut:
1/48 x gaji x 12 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
(2) Walau apa pun subperenggan (1), Ahli atau Anggota yang terhenti memegang jawatan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, tetapi terus menjadi Ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat boleh dibayar ganjaran yang dihitung di bawah subperenggan (1).
(3) Walau apa pun subperenggan (1) dan tertakluk kepada subsubperenggan (4)(a), Anggota Pentadbiran yang terhenti memegang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen dan
- (a) terus menjadi ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat; atau
- (b) terhenti menjadi ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat,
boleh diberi ganjaran yang dihitung di bawah subperenggan (1).
(4) Bagi maksud menghitung ganjaran di bawah subperenggan (1) −
- (a) jika suatu ganjaran kena dibayar kepada seseorang Anggota Pentadbiran di bawah subperenggan (3), “tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ialah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sebagai Ahli atau Anggota setakat tujuh puluh dua bulan dan jika tempoh itu melebihi tujuh puluh dua bulan, hanya apa-apa tempoh perkhidmatan sebagai Anggota Pentadbiran sahaja hendaklah dimasuk kira; dan
- (b) jika suatu ganjaran kena dibayar kepada seseorang Ahli atau Anggota yang bukan Anggota Pentadbiran, “tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ialah apa-apa tempoh perkhidmatan yang tidak serentak dengan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira yang ganjaran itu telah dihitung tertakluk kepada subperenggan (a).