Pergi ke kandungan

Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/19

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
19
(g) segala jumlah wang atau harta lain yang boleh dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

(3) Dalam seksyen ini ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa wang yang dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan sebagai pinjaman.

Pengimbangan akaun hasil

18. Lembaga hendaklah mempunyai kewajipan untuk memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan dan menyempurnakan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 8, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk, tanpa menyentuh keluasan ungkapan itu, peruntukan berkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 17 dan 19 dan kesusutan dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Kumpulan wang rizab

19. Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang itu. Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

20. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a) membayar segala perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen 25;
(b) memberikan pinjaman di bawah seksyen 27;
(c) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan fi serta kos lain, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;