Pergi ke kandungan

Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/18

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 69

berhubungan dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembaga tidak memuaskan atau patut disalahkan.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat

16. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmatnya.

Bahagian IV
KEWANGAN

Penubuhan Kumpulan Wang

17. (1) Bagi maksud Akta ini, ditubuhkan suatu kumpulan wang yang ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.

(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;
(b) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada wang pinjaman;
(c) wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(d) wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(e) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(f) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau menjalankan mana-mana daripada kewajipannya; dan