Pergi ke kandungan

Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/17

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
17


(2) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 15A, seseorang ahli Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga ahli Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan rayuan itu.

Penamatan demi kepentingan awam

15C. (1) Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuat kepada Lembaga bahawa wajar perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam, Lembaga boleh meminta suatu laporan penuh daripada pegawai atasan pegawai atau pekhidmat yang terhadapnya representasi itu dibuat yang hendaklah mengandungi butir-butir berhubungan dengan kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu.

(2) Jika, setelah menimbangkan laporan yang diterima di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa, setelah mengambil kira syarat perkhidmatan, kebergunaan pegawai atau pekhidmat itu, kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu dan segala hal keadaan lain kes itu, wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

(3) Sah di sisi undang-undang bagi Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah Akta ini dan Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu sedemikian.

(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, dalam menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat demi kepentingan awam di bawah seksyen ini, pegawai atau pekhidmat itu tidak perlu diberi apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai atau pekhidmat yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah seksyen ini tidak boleh dianggap telah dibuang kerja, tanpa mengira sama ada penamatan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu melibatkan suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan yang