(3) Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Timbalan Pengerusi hendaklah menjadi Pengurus Besar
13. (1) Timbalan Pengerusi ialah Pengurus Besar Lembaga dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan segala program, skim atau projek, bagi melaksanakan keputusan Lembaga dan arahan Pengerusi.
(2) Timbalan Pengerusi hendaklah bertanggungjawab kepada Pengerusi.
(3) Tertakluk kepada arahan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(4) Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atau Menteri boleh dari semasa ke semasa atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.
Ahli sementara Lembaga
14. Jika Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau mana-mana ahli lain Lembaga tidak ada dalam Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya, Yang di-Pertuan Agong atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh melantik mana-mana orang sebagai Pengerusi sementara atau Timbalan Pengerusi sementara atau ahli sementara Lembaga.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain
15. (1) Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16, Lembaga boleh melantik atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.