Pergi ke kandungan

Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/12

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 69


(2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga—

(a) tentang pelupusan aset modal; dan
(b) tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu:
Dengan syarat bahawa, selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan, tiada apa-apa arahan itu boleh diberikan melainkan dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Kawasan Kemubu

9. (1) Bagi maksud Akta ini Menteri boleh, selepas berunding dengan Kerajaan Negeri, dari semasa ke semasa, menetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta kawasan yang di dalamnya Lembaga akan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini dan kawasan itu hendaklah dinamakan “Kawasan Kemubu”.

(2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, hendaklah menjadi tanggungjawab Lembaga menjalankan fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan Kemubu.

Fungsi tambahan Lembaga

10. Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan dan kuasa yang terletak hak pada Lembaga menurut Akta ini, Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang boleh diuntukkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun dan dalam melakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan sebagai menunaikan maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu: