Pergi ke kandungan

Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/11

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
11


(f) [1]seorang wakil Lembaga Padi dan Beras Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971 [Akta 47];
(g) tiga orang wakil Negeri; dan
(h) tidak lebih daripada tiga orang ahli yang lain.

(2) Pengerusi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan ahli Lembaga yang lain hendaklah dilantik oleh Menteri.

(3) Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi ahli Lembaga.

Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana ahli, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya yang demikian itu.

Pekhidmat awam

7. Semua ahli, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semasa mereka menjalankan kewajipan sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut Kanun Keseksaan [Akta 574].

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan semua arahan itu.

  1. *CATATAN—Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971 [Akta 47] telah dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta tersebut telah dibubarkan—lihat seksyen 32 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].