Kesah Pǔlayaran Abdullah ka-Kelantan
BAHWA INI KESAH
DERI SINGAPURA KA-KALANTAN.
TŬR-KARANG ULIH-NYA.
![]()
![]()
![]()
TŬR-CHAP DI-BŬNDAR NŬGRI
SINGAPURA,
KAPADA TAHUN HEJRAT
1254,
DAN TAHUN MASIHI
1838.
[Press of Am. Mis.]
| a | as in father, lama.
|
| e | as ɑ in fate, or e in they, merah. As in pen, if in a syllable which ends with a consonant, as pendek.
|
| i | as in machine, tipu, or as ee in sleep. As in pin, if in a syllable which ends with a consonant, as pintu.
|
| o | as in pole, kotor.
|
| u | as in full, tukang.
|
| ŭ | as in but, nŭgri. Except in prefixes, always in an accented syllable.
|
| ȧ | as in what, or short o as in not.
|
| au | as ow in now, cow, angkau.
|
| ei | as i in pine, sampei.
|
KESAH PŬ-LAYAR-AN ABDULLAH
![]()
![]()
Kapada tarikh sanat 1253 tahun, maka bahwa sa-sungguh-nya kapada tahun itu ada-lah barang saudagar saudagar orang China dan orang Yahudi yang duduk dalam nŭgri Singapura, kira kira sa'puloh dua blas orang, tŭlah mŭm-bri sambut-an dagang-an ka-pada China sampan pukat ampat buah, kira kira ampat lima pulol ribu ringgit banyak-nya, akan di-bawa-nya ka-nŭgri Pahang´, dan Trangganu, dan Kalantan, Patani, dan Sanggora. Hata ba-brapa bulan lama-nya, maka ka-dŭngar-an-lah khabar ka-Sirgapura mŭng-ata-kan nugri Kalantan ada prang, maka sagala sampan pukat yang ada disana tiada di-lapas-kan raja kaluar, kŭrna adat nŭgri Malayu, apa bila ada prang dalam nŭgri, maka sagala prahu prahu dagang yang ada dalam nŭgri ita tiada bulih kaluar dan masuk. Kŭmdian maka di-suruh-lah ulih saudagar saudagar itu akan sa'buah sampan tambang mŭm-bawa surat ka-Kalantan, kapada kapitan China Kalantan. Shahadan tŭlah sampei-lah surat itu, maka sagra di-balas-nya surat mŭng-ata-kan sa-sungguh-nya Kalantan ada prang, maka sampan pukat itu-pun ada-lah di-sana, maka jikalau bulih sagala saudagar dalam nŭgri Singapura mŭ-minta tulung kapada Tuan Bonham, supaya iya mŭm-bri surat kapada raja raja Kalantan akan mŭm-lihara-kan sagala prahu pukat itu, dan supaya bulih dŭngan sagra-nya iya kambali ka-Salat´. Sa-tŭlah datang-lah surat itu deri Kalantan, maka muafakat-lah sagala saudagar itu bŭr-sama sama orang Yahudi, kŭrna harta-nya-pun ada di-bawa ulih sampan pukat itu; maka pŭrgi-lah marika ita sakalian mŭng-hadap Tuan Bȧnham sŭrta mŭm-uhun-kan surat akan di-kirim-kan ka-Kalantan. Shahadan maka di-bri-lah ulih Tuan Bȧnham tiga puchuk surat bŭr-sampul kuning, sa'puchuk kapada raja bandhara, dan sa'puchuk kapada raja tamŭnggong, dan sa'puchuk kapada yang di-pŭr-tuan Kalantan.
Kalakian sŭtalah sahaya mŭn-arima parentah itu, maka sahaya pun kambali-lah bŭr-kamas kamas pati dan tikar bantal sahaya sakalian-nya, di-masuk-kan dalam prahu. Maka ada-lah pukul dua
blas malam, iya-itu kapada tarikh 1253 tahun, kapada sa'hari bulan Muha´ram, kapada malam Ar´ba, iya-itu kapada 27 hari bulan March, tahun Masi´hi sanat 1838, maka bahwa dewasa itu-lah sahaya kaluar deri Singapu'ra dalam skochi Tuan Skạt, yang bŭr-nama Meg´i Lan´dar, bŭr-sama sama dŭngan skochi Tuan Bau´sted yang bŭr-nama Wạ´tar Wich. Maka bŭr-layar-lah kaluar deri Singapu´ra; sŭtalah sampei ka-Tanah Me´rah, maka turun-lah ribut timor,maka labuh-lah disitu.
Maka pada pagi pagi hari Ar´ba, pukul anam, lalu bŭr-layar-lah dŭngan angin utara barat laut, maka sampei-lah antara Takong´ dŭngan Marbu´kit, maka bŭr-tamu-lah dŭngan sa'buah prahu pŭ-rahi ikan, maka di-panggil lalu datang-lah diya, maka di-bili-lah ikan-nya, ada rapang lima blas ekur, dan budang sadikit, dan anak anak ikan sadikit, di-bili dŭngan harga satu rupia tiga duit, dan di-bri-lah nasi sadikit, dan bras kira kira sa'gantang. Kŭmdian, ada kira kira pukul ampat patang, sampei-lah ka-Pangarang´, lalu singgah-lah disitu, sŭbab handak mŭng-ambil kayu chagak dan batang dayung, dan mŭm-bili kajang, surta mŭng-ambil ayar. Maka turun-lah sahaya sakalian disitu, sa'paru orang pŭrgi mŭm-otung kayu, dan sa'paru orang pŭrgi mandi ka-dalam hutan. Maka bŭr-tamu-lah sahaya dŭngan Baba Ching Ke, anak Inchi Eng, dan saudara Baba Cheng Hei, dalam hutan, dŭngan ampat lima China bŭr-sama sama mŭm-otung kayu kamudi wangkang. Maka sŭtalah bŭr-tamu, maka kata-nya: "Hei ya Allah! Inchi Abdullah, deri tadi pagi sampei patang ini, sa-lalu sahaja bur-bunyi mŭriam di-sa'balah Panyu´suk; kŭmdian, bŭr-bunyi-lah pula snapang tarlalu banyak; antah di-kapal prang, atau parumpak, tiada-lah sahaya tahu, ada-nya. Ingat, ingat, kŭrna ini musim Lanun." Maka jawab sahaya: "Adat-lah itu, ada ayar, ada ikan; ada padang, ada bilalang; ada laut, ada-lah parumpak." Maka apa bila di-lihat-nya sahaya tiada indah-kan pŭr-kata-an-nya itu, maka diam-lah iya, tiada mahu bŭr-khabar lagi.
Shahadan ada-lab di-Pangarang´ itu sahaya lihat sa'puloh dua blas pondok pondok orang laut mŭm-buat balat diam di-situ; kŭmdian, di-pinta-lah bhagi sa'bidang kajang, harga-nya tujuh wang, dan mŭm-bayar sewa prahu pŭn-ambang ampat wang, maka
orang-pun mŭm-bawa kaya chagak, sŭrta batang dayang, dan ayar, maka turun-lah ka-prahu lalu bŭr-layar; tatapi, Baba Ko An, deripada kutika itu, sŭbab mŭn-ŭngar khabar parumpak, maka bŭr-ubah-lah wŭrna muka-nya. Maka sahaya bŭr-tanya: "Mangapa, baba, sabaya lihat bŭr-ubah muka?" Maka jawab-nya: "Sahaya ada mabuk." Kŭmdian bŭr-layar-lah bŭr-anyut anyut, sŭbab tiada angin. Maka sampei-lah ka-sungei Ring´it, maka ka-lihat-an-lah sa'buah prahu bŭr-layar-lah deri tŭpi, maka di-parggil-lah lalu iya datang; ada bŭr-muat ayam, dan orang-nya ampat laki laki, dan sa'orang parampuan tuah, dan sa'orang kanak kanak. Maka parampuan tuah itu sahaya kanal dahulu iya tinggal di-rumah Tuan Tạm´sen. Maka sahaya bŭr-tanya kapada-nya: "Ada-kah mak bŭr-tamu dŭngan kechi prang, atau prahu payar? Ini prahu derimana?" Maka jawab-nya: "Sabaya datang deri Sadi´li, handak ka-Takong´ mŭn-dapatkan Raja Prang. Maka prahu payar dan kechi prarg ada di-Tanjung Pung´gei; dan lagi, ada ampat puloh prahu parumpak La´nun di-kwala Pahang, dan prahu-nya panjang panjang tujuh, dan lebar-nya ampat dŭpa, sa'blah sa'blah prahu-nya dilapan mŭriam-nya. Maka datuk bandhara Pahang handak bŭr-angkat ka-Da´yik; ada lima puloh buah prahu-nya, maka samoa-nya mudik kambali, sŭbab takut akan Lanun itu ada di-kwala." Maka apa bila di-durgar ulih Baba Ko An khabar orang itu, tiga bhagi jiwa-nya sudah hilang, maka puchat-lah muka-nya. Maka sagala orang dalam prahu-pun tartawa-lah sŭbab mŭ-lihat ka-laku-an-nya itu tiada iya mahu bŭr-kata kata kapada sa'orang-pun, malainkan diam-lah sahaja.
Hata maka bŭr-layar-lah deri-situ hingga sampei ka-Tanjung Rum´niya, maka angin salah, lalu bŭr-labuh-lah disitu. Maka kapada malam itu bŭr-dakat-lah kadua buah prahu itu, maka kata Baba Ko An: "Mari-lah kita muafakat bŭr-tiga kapada tuah tuah prahu itu.” Maka jawab sabaya yang bŭr-dua: "Apa fakat itu?" Maka jawab-nya: "Ada sa'orang orang tuah, juro-mudi Wạtar Wich, iya konun pandei mŭn-ilik; kita suruh lihat banar-kah khabar orang itu." Maka kata sahaya: "Baba punya suka." Maka būr-kampung-lah samoa-nya bŭr-tanya, maka diam-lah iya sabŭntar; kŭmdian, maka kata-nya: "Khabar ita sa-sungguh-nya; bukan-nya dusta; kŭrna hitam manis orang yang mŭm-bawa khabar itu." Maka yakin-lah Baba Ko An akan khabar dusta itu, maka sa-bŭntar sabŭntar iya bŭr-surgut kapada sahaya yang bŭr-dua, kata-
nya : “Sŭbab wang dilapan puloh ringgit itu-kah, inchi handak mŭm-buang nyawa? Itu-pun balum tŭntu kita pagang wang-nya, malainkan chilaka sudah kita dŭngar,” dan banyak banyak lagi pŭr-kata-an-nya mŭm-bri tawar hati orang yang handak pŭrgi. Kŭmdian maka bŭr-siap-lah sahaya samoa-nya akan sinjata, dan mŭriam samoa-nya di-isi, lala bŭr-layar-lah. Maka ada kira kira pukul dilapan pagi sampei-lah ka-Tanjung Panyu´suk. Maka di-lihat dŭngan tropong ka-lihat-an-lah di-balik Tanjung Panyusuk dua buah prahu bŭr-layar. Maka di-tuju-lah akan diya, maka apa bila dakat-lah, maka di-tanya kapada-nya : “Prahu derimana ini? dan handak kamana?” Maka jawab-nya : “Sahaya datang deri Salat´, handak pŭrgi ka-Pahang ; dan yang sa'buah prahu ini handak ka-Trangganu.” Sŭtalah sudah, lalu bŭr-layar-lah deri-situ, sŭrta mŭm-buang ubat ampat puchuk. Sŭtalah itu, maka sampei-lah ka-Tanjung Kli´sa, maka bŭr-malam-lah disana.
Sŭtalah esuk-nya, maka bŭr-layar-lah, maka ka-lihat-an-lah wangkang dua buah handak ka-Salat´. Maka di-prahu-pun ada ka-kurarg-an ayar. Kŭmdian, maka ka-lihat-an-lah babi hutan tiga ekur di-tŭpi pantei. Maka turun-lah orang skochi pŭrgi mŭng-ambil ayar ; maka apa bila masuk ka-dalam hutan, maka bŭr-tamu-lah dŭngan jakun ; maka apa bila iya mŭ-lihat orang datang, maka lari-lah iya masuk hutan riuh rendah bunyi-nya, maka orang skochi-pun lari-lah turun ka-prahu. Sŭtalah itu, maka bŭr-layar-lah ada kira kira pukul dua blas malam, angin salah, lalu bŭr-henti-lah pada malam itu di-Tanjung Samu´buk.
Sŭtalah esuk-nya, pukul lima, maka bŭr-layar-lah sampei ka-Pulau Pamang´gil. Maka tŭngah bŭr-layar putus-lah tamberang di-tŭngah laut ; maka di-turun-kan-lah layar saraya mŭm-buat tamberang. Sŭtalah itu, maka bŭr-layar-lah pula, ada kira kira sa'puloh minit lama-nya, putus-lah tamberang, lagi sa'kali putus basi itu ; kŭmdian di-tambat tambat, bŭr-layar juga dŭngan angin timor laut, maka sampei-lah ka-Pulau Sache´wer, di-Tanjung Ga´jah. Maka mati-lah angin itu, turun-lah utara angin sakal, maka bŭr-henti-lah disitu bandak mŭng-ambil ayar, maka tiada-lah dapat ayar pada tampat itu. Maka ada kira kira pukul ampat patang kaluar-lah handak bŭr-layar, maka angin utara-pun tarlalu kŭnchang, tiada bulih mŭm-buka mata ; maka bŭr-labuh-lah pala disitu ; lagipun, ayar pasang harus-nya tarlalu dras, maka bŭr-lahuh-lah malam itu ; maka tiada tŭr-tahan rasa-nya prabu itu di-hŭmpas-kan galumbang
utara. Maka pada malam itu bŭr-muafakat-lah sahaya sakalian bŭr-sama sama, sŭbab angin tarlalu kras; bagimana akal kita ? Maka kata Baba Ko An: "Mari-lah kita kambali ka-Salat." Maka jawab sagala anak anak prahu: "Sahaya samoa-nya tiada mahu ; biar-lah mati dalam laut ini; kŭrna chuma chuma-kah lŭlah sahaya samoa-nya lima anam hari ini? kalau balik, barangkali Baba Bun Tyung tiada mŭm-bayar upah-nya." Maka deri sŭbab lalurat, muafakat sahaya yang bŭr-tiga, sambil bŭr-kata kapada orang orang prahu itu: "Jangan inchi inchi takut; jikalau tiada Baba Bun Tyung mŭm-bayar upah, sahaya yang bŭr-tiga nanti bayar lima blas ringgit." Kŭmdian muafakat-lah marika itu sama sindiri-nya, maka jawab-nya: "Nanti-lah, kita lihat angin ini sampei esuk, bulih kita balik." Maka tŭntu-lah sudah muafakat itu. Maka bŭr-labuh-lah pada malam itu di-Tanjung Gajah.
Sŭtalah pagi pagi, maka mŭnyabrang-lah ka-Pulau Ba´bi Kachi´ handak mung-ambil ayar, maka dapat-lah sa’buah sampan tambang buruk anyut, maka naik-lah pŭrgi mung-ambil ayar sŭrta mandi. Sŭtalah itu, maka turun-lah ka-prahu bŭr-muafakat, sabŭntar handak balik, dan sabŭntar tiada mahu balik; kŭmdian maka bŭr-sumpah-lah bŭr-tiga tiga handak juga balik. Maka di-bongkar-lah sauh lalu bŭr-layar, ada-lah kira kira sa’puloh dŭpa jauh-nya, maka kata sa’orang: "Baik juga lalu kita." Maka kata Baba Ko An : “Kalau bagini, pŭsti-lah kita mati, handak sarah-kan jiwa kapada Lanun ; gua tiada mahu pŭrgi. Sŭbab di’orang takut nanti hilang dilapan puloh ringgit, iya mahu bilang jiwa-nya.” Maka dŭngan damkian sabŭntar itu juga tŭntu-lah samoa-nya orang handak lalu juga. Maka bŭr-layar-lah bŭr-pal pal dŭngan angin utara kŭnchang, dan umbak-nya-pun terlalu basar, maka tali tali parkakas prahu-pun banyak-lah putus putus.
Maka bur-layar-lah juga sa’malam malam-an itu, maka pada pagi hari di-bri Allah sampei-lah ka-laut Babar´, maka umbak-nya tiada dapat tŭr-kira kira, lalu bŭr-lahuh-lah di-laut Tanjung Ba´tu, sŭbab mŭ-nanti-kan ayar surut, kŭrna ayar tarlalu dras, hingga sampei-lah patang, pukul tŭngah anam, maka di-bongkar-lah sauh lalu bŭr-layar. Maka turun-lah ribut tunggara tarlalu basar sŭrta umbak-nya, maka sabŭntar itu juga putus-lah basi tamberang ; malainkan Allah juga yang amat mŭng-tahu-i susah-nya pada masa itu, kŭrna prahu bŭr-pusing pusing di-hŭmpas-kan umbak dŭngan angin kras ; dan lagi, makan-an samoa-nya sudah habis, maka tiada-lah makan pada
hari itu. Maka kŭmdian di-ikat ikat juga tamberang itu dungan rotan rotan. Maka di-layar-kan-lah juga sa-malam malam-an itu. Maka pada pagi itu turun-lah pula ribut sŭrta dŭngan hujan-nya, maka prahu-pun masuk masuk ayar, sŭbab umbak basar itu. Maka dŭngan tulung Allah ka-lihat-an-lah kwala Pahang. Maka ada-lah kwala itu dua, dan bating-nya mŭng-anjur sampei ka-tŭngah laut.
Maka ada-lah pukul satu, maka masuk-lah di-kwala Pahang itu dŭngan satu jib sahaja. Maka sa’orang sa’batang galah di-tangan mŭn-ahan-kan umbak. Maka ada-lah tatkala masuk itu, pada sangka hati sakalian orang, prahu itu pachah-lah, sŭbab basar sangat umbak-nya, sapŭrti puhun nyior tinggi-nya, maka masing masing bŭr-tariak ; kŭmdian, dŭngan tulung Allah, masuk-lah dŭngan salamat-nya, dŭngan tiada sa-suatu marbhaya, ada-nya, dua bual skochi itu. Maka skochi basar itu tinggal di-kwala, maka Wạtar Wich di-bawa-lah mudik ka-hulu.
Maka ada-lah sifat-nya sungei itu tarlalu lebar, kira kira sayup mata mŭm-andang sabrang mŭnyabrang ; kiri kanan-nya pasir putih, dan ayar-nya tawar. Shahadan ayar-nya itu santiasa hilir sahaja, tiada bŭr-balas pasang ; dan kalau kutika hujan di-hulu, sampei ka-tŭngah laut-nya ayar tawar ; dan lagi, dalam sungei itu ada ba-brapa buah pulau, ada kachil, ada basar.
Maka ada kira kira tŭngah dua jam bŭr-layar mudik itu, sampei-lah di-kampung China. Maka sahaya lihat ada ba-brapa ratus orang Malayu dan China tŭlah mŭ-nanti dŭngan lŭmbing dan sinjata di-darat. Maka naik-lah sahaya bŭr-tiga tiga, maka kata-nya : “Prahu derimana ini?” Maka jawab sahaya : “Prahu ini deri Salat’ mŭm-bawa surat handak pŭrgi ka-Kalantan.” Kŭmdian, datang-lah Tŭngku Se’yid dan Tŭngku Tan´jung sŭrta ba-ratus ratus orang bŭr-tanya khabar nŭgri Salat´, dan harga dagang-an. Maka sahaya bŭr-khabar khabar-lah dŭngan diya, lalu sahaya bŭr-tanya-lah : “Mana datuk bandhara ?” Maka jawab-nya : “Datuk bandhara dan kapitan China sudah mudik ka-Jalei´, di-tampat orang mŭn-chŭbak mas.” Maka kata sahaya : “Brapa jauh deri-sini Jalei´ itu ?” Maka kata-nya : “Lima blas hari madik, bulih sampei ;” dan lagi kata-nya : “Sa-panjang sungei kita mudik itu ada kampung orang. Maka ada-lah buaya tarlalu ganas dalam sungei.”
Maka sahaya lihat hal nŭgri Pahang itu sapŭrti dusun, ada-nya, tiada bŭr-pasar dan kadei, dan tiada lorong yang bulih bŭr-jalan
jalan, malainkan di-kampung China itu sahaja yang bulih bŭr-jalan, ada kira kira lima puloh dŭpa. Tatapi ada-lah tanah Pahang itu sahaya lihat tarlalu sayang hati, sŭbab tŭr-buang dŭngan mŭn-jadi hutan rimba, sŭbab malas dan lalei orang dalam nŭgri itu. Maka sakalian banih dan puhun, jika di-tanam-nya, naschaya mŭn-jadi, sŭbab sahaya lihat sagala puhun puhun samoa-nya subur subur balaka. Maka ada-lah sahaya lihat orang orang-nya, dalam sa’ratus barangkali sa’puloh sahaja yang ada bŭ-kŭrja, dan yang lain itu lalei sahaja, sa-panjang hari, dalam hal miskin dan jahat. Malainkan, adalah pada sa’orang ampat lima janis sinjata santiasa bari tiada bŭr-charei deripada tubuh-nya ; dan ada yang sa’tŭngah tabiat marika itu handak bŭr-chantik sahaja, mŭm-akei kain baju dan saluar yang bagus bagus, tatapi tiada iya maha mŭn-chari jalan ka-hidup-an-nya. Maka ada-lah sagala marika itu, apa bila mŭ-lihat sahaya sakalian datang, masing masing bŭr-kampung datang mŭ-lihat, sapŭrti suatu ajaib yang tiada pŭrnah di-lihat-nya dahulu. Maka ada-lah sahaya lihat di-antara marika ita ka-banyak-an orang yang makan madat, sŭrta dŭngan kurus dan puchat-nya.
Shahadan lagi, ada-lah rumah rumah tampat diam marika ita samoa-nya rumah atap, ada yang kachil, ada yang basar ; samoa-nya rumah itu diatas darat ; maka tarlalu banyak samak samak pada kuliling rumah-nya, lagi tiada dungan pŭr-ator-an rumah rumah-nya ; sa’buah disini, dan sa’buah disana ; ada yang dalam hutan, ada yang di-pantei ; ada yang bŭr-pagar, ada yang tiada ; masing masing dŭngan suka-nya ; damkian-lah sa-panjang sungei itu, sa’tompok di- sini, sa’tompok disana ; dan lagi, tarlalu banyak kotor dibawah rumah-nya, maka tiap tiap rumah itu adalah limbahan dibawah-nya, dan sampah bŭr-timbun timbun, sŭrta masuk maka panuh-lah bahu busuk itu ka-dalam hidung ; dan yang ada samak samak, dan yang ada sa’hari hari di-bubuh-nya asap deri-bawah rumah-nya mŭng-asap nyamok. Maka apa bila sahaya masuk ka-dalam rumah itu, lamas-lah nafas, dan bŭr-ayar-lah mata sŭrta dŭngan padih-nya ; dan sagala pakei-an marika ita samoa-nya hahis hitam, dan tiada ka-lihat-an mata kain itu, ada-nya.
Shahadan sahaya lihat sapŭrti tanam tanam-an marika itu yang tŭr-banyak ka-lihat-an nyior dan pinang ; tatapi, pada masa sahaya disana, dilapan buah nyior sa’ringgit, ada-nya ; dan lagi, ada juga sayur sayur sadikit sadikit, sapurti kaladi, dan ubi, dan kaledek, dan tabu, pisang, tatapi sakalian itu datang deri hulu nŭgri.