Pergi ke kandungan

Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

Daripada Wikisumber
Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (2007)
dikarang oleh Parlimen Malaysia

Akta 673

6999Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 20072007Parlimen Malaysia

Jata Malaysia


UNDANG-UNDANG
MALAYSIA




VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI




Akta 673


AKTA PERBADANAN
PENGURUSAN SISA PEPEJAL
DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Sebagaimana pada 1 November 2017

AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Tarikh Perkenan Diraja
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
29 Ogos 2007
Tarikh penyiaran dalam Warta
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
30 Ogos 2007

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 674

AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007


SUSUNAN SEKSYEN


Bahagian I
PERMULAAN

Seksyen
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran

Bahagian II
PERBADANAN

3. Penubuhan Perbadanan
4. Meterai perbadanan
5. Keanggotaan Perbadanan
6. Akuan berkanun oleh anggota Perbadanan
7. Tempoh jawatan
8. Elaun anggota Perbadanan
9. Pembatalan pelantikan dan perletakan jawatan
10. Pengosongan jawatan
11. Jawatankuasa
12. Penzahiran kepentingan
13. Ketidaklayakan dan penamatan anggota Perbandanan
14. Tindakan dan prosiding Perbadanan tidak terjejas oleh kekosongan jawatan, dsb.
15. Kewajipan anggota Perbadanan
16. Mesyuarat

Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/4 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/5

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 673

AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan kuasa untuk mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan perkara yang berkaitan dengannya.

[1 Jun 2008, P.U. (B) 240/2008]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I
PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

(2) Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

(3) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anggota Perbadanan” ertinya seseorang anggota Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5;

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah seksyen 11;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif Perbadanan;

“Ketua Pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672];

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“perkhidmatan pengurusan pembersihan awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007;

“perkhidmatan pengurusan sisa pepejal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007;

“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 [1]Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam” ertinya Akta ini dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, dan termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu. Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/9 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/10 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/11 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/12 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/13 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/14 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/15 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/16 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/17 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/18 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/19 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/20 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/21 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/22 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/23 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/24 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/25 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/26 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/27 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/28 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/29 Laman:Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673).pdf/30

Kuasa untuk mengambil khidmat

43. Perbadanan boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara, jurubank, perunding dan orang lain, untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Kuasa untuk menubuhkan syarikat

44. Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat dengan nama yang ditentukan oleh Perbadanan untuk menjalankan dan mempunyai tanggungjawab, penjalanan dan pengurusan bagi pihak Perbadanan terhadap apa-apa projek, skim atau perusahaan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dalam menunaikan fungsinya.

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat

45. Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Perbadanan sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Perbadanan daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Perbadanan.


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 673

AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari

- TIADA -


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 673

AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

SENARAI SEKSYEN YANG PINDAAN

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

- TIADA -


  1. *CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.