Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 69
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN
PERTANIAN KEMUBU 1972
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 227
AKTA PENCEN 1980
SUSUNAN SEKSYEN
Bahagian I | |
| Seksyen | |
| 1. | Tajuk ringkas |
| 2. | Tafsiran |
Bahagian II | |
| 3. | Lembaga |
| 4. | Fungsi Lembaga |
| 5. | Keanggotaan Lembaga |
| 6. | Perlindungan Pihak Berkuasa Awam |
| 7. | Pekhidmat awam |
| 8. | Kuasa Menteri untuk memberikan arahan |
| 9. | Kawasan Kemubu |
| 10. | Fungsi tambahan Lembaga |
| 11. | Penyata, laporan, akaun dan maklumat |
Bahagian III | |
| 12. | Pengerusi hendaklah menjadi ketua pegawai pengurus
|
| 13. | Timbalan Pengerusi hendaklah menjadi Pengurus Besar |
| 14. | Ahli sementara Lembaga |
| 15. | Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain |
| 15A. | Tatatertib pegawai dan pekhidmat |
| 15B. | Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib |
| 15C. | Penamatan demi kepentingan awam |
| 16. | Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat |
Bahagian IV | |
| 17. | Penubuhan Kumpulan Wang |
| 18. | Pengimbangan akaun hasil |
| 19. | Kumpulan wang rizab |
| 20. | Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang |
| 21. | Perbelanjaan dan penyediaan Anggaran |
| 22. | Akaun dan audit |
| 22A. | Surcaj |
Bahagian V | |
| 23. | Pewakilan kuasa Lembaga |
| 24. | Kuasa untuk meminjam |
| 25. | Pelaburan |
| 26. | Kuasa untuk mengambil kerja ejen |
| 27. | Kuasa untuk memberikan pinjaman |
| 28. | Kuasa untuk menubuhkan perbadanan |
| 29. | Pengambilan tanah dengan paksa |
Bahagian VI | |
| 30. | (Dipotong)
|
| 31. | Obligasi kerahsiaan |
| 32. | Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan |
| 32A. | Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib |
| 33. | Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini akan diisytiharkan |
| Jadual Pertama | |
| Jadual Kedua | |
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 69
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972
Suatu Akta bagi memperbadankan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dan untuk mengadakan peruntukan berkenaan dengan perkara yang bersangkutan dengannya.
[31 Mac 1972]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti yang berikut:
Bahagian I
PERMULAAN
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Kawasan Kemubu” ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Menteri menurut seksyen 9;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi Pertanian dan Industri Asas Tani;
“Negeri” ertinya Negeri Kelantan; “Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;
“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; dan
“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5.
Bahagian II
LEMBAGA
Lembaga
3. Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Fungsi Lembaga
4. (1) Fungsi Lembaga adalah—
- (a) untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Kemubu; dan
- (b) untuk merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Kemubu apa-apa kemajuan pertanian sebagaimana yang diuntukkan padanya oleh Negeri.
(2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan penjalanan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas—
- (a) menjalankan segala kegiatan yang penjalanannya difikirkan dikehendaki, berfaedah atau mudah untuk atau berkenaan dengan penjalanan fungsinya yang tersebut itu, termasuk membuat, memasang, memproses, membungkus, memeringkatkan dan memasarkan keluaran, penyelidikan dan latihan;
- (b) bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, manamana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus baginya atau selainnya bertindak bersama dengannya atau bagi pihaknya;
- (c) memajukan dan menyelaraskan penjalanan kegiatan itu oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, atau badan atau orang lain;
- (d) menubuhkan atau memperbesar, atau memajukan penubuhan atau pembesaran, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu sama ada kesemua atau sebahagiannya di bawah kawalan Lembaga atau secara bebas;
- (e) memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang, pada pendapat Lembaga ada mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu, termasuk bantuan kewangan dengan mengambil syer atau modal pinjamannya atau dengan memberikan pinjaman atau selainnya;
- (f) membeli, menanggung beli atau selainnya memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya atas apaapa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
- (g) menghendaki jabatan, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan atau bercadang hendak menjalankan pembangunan dalam Kawasan Kemubu supaya mengemukakan laporan yang mengandungi butir-butir dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga berkenaan dengan kegiatannya atau kegiatan yang dicadangkan olehnya;
- (h) melantik ejen atau menubuhkan mana-mana badan lain sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi maksud menjalankan fungsinya;
- (i) mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkan patut olehnya bagi melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya;
- (j) menerima komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui sebagai balasan bagi perkhidmatan yang telah diberikan olehnya;
- (k) mengawal selia pembangunan dalam Kawasan Kemubu; dan
- (l) melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut bagi menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
Keanggotaan Lembaga
5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:
- (a) Pengerusi;
- (b) Timbalan Pengerusi;
- (c) Ketua Pengarah Pengairan dan Saliran atau wakilnya;
- (d) seorang wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141];
- (e) seorang wakil Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 [Akta 9];
- (f) [1]seorang wakil Lembaga Padi dan Beras Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971 [Akta 47];
- (g) tiga orang wakil Negeri; dan
- (h) tidak lebih daripada tiga orang ahli yang lain.
(2) Pengerusi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan ahli Lembaga yang lain hendaklah dilantik oleh Menteri.
(3) Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi ahli Lembaga.
Perlindungan Pihak Berkuasa Awam
6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana ahli, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya yang demikian itu.
Pekhidmat awam
7. Semua ahli, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semasa mereka menjalankan kewajipan sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan semua arahan itu.
(2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga—
- (a) tentang pelupusan aset modal; dan
- (b) tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu:
- Dengan syarat bahawa, selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan, tiada apa-apa arahan itu boleh diberikan melainkan dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Kawasan Kemubu
9. (1) Bagi maksud Akta ini Menteri boleh, selepas berunding dengan Kerajaan Negeri, dari semasa ke semasa, menetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta kawasan yang di dalamnya Lembaga akan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini dan kawasan itu hendaklah dinamakan “Kawasan Kemubu”.
(2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, hendaklah menjadi tanggungjawab Lembaga menjalankan fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan Kemubu.
Fungsi tambahan Lembaga
10. Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan dan kuasa yang terletak hak pada Lembaga menurut Akta ini, Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang boleh diuntukkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun dan dalam melakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan sebagai menunaikan maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:
Dengan syarat bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan Wang.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
11. (1) Lembaga hendaklah memberi Menteri dan orang, kumpulan orang lain atau pihak berkuasa awam yang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, penyata, laporan, akaun dan maklumat yang dikehendakinya dari semasa ke semasa berkenaan dengan harta dan kegiatan Lembaga.
(2) Tanpa menyentuh keluasan peruntukan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan berkenaan dengan kegiatan Lembaga dalam masa tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apaapa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.
(3) Menteri hendaklah menyebabkan dibentangkan setiap laporan itu dalam Dewan Rakyat.
Bahagian III
PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT LEMBAGA
Pengerusi hendaklah menjadi ketua pegawai pengurus
12. (1) Pengerusi hendaklah menjadi ketua pegawai pengurus Lembaga dan hendaklah bertanggungjawab bagi menyediakan program, skim atau projek untuk pertimbangan Lembaga, bagi mengeluarkan panduan dasar atau penerangan mengenai keputusan Lembaga kepada Timbalan Pengerusi dan pegawai dan pekhidmat lain dan bagi menyelia dan mengawal pelaksanaan keputusan itu.
(2) Semua pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah terletak di bawah kawalan am Pengerusi.
(3) Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Timbalan Pengerusi hendaklah menjadi Pengurus Besar
13. (1) Timbalan Pengerusi ialah Pengurus Besar Lembaga dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan segala program, skim atau projek, bagi melaksanakan keputusan Lembaga dan arahan Pengerusi.
(2) Timbalan Pengerusi hendaklah bertanggungjawab kepada Pengerusi.
(3) Tertakluk kepada arahan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(4) Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atau Menteri boleh dari semasa ke semasa atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.
Ahli sementara Lembaga
14. Jika Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau mana-mana ahli lain Lembaga tidak ada dalam Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya, Yang di-Pertuan Agong atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh melantik mana-mana orang sebagai Pengerusi sementara atau Timbalan Pengerusi sementara atau ahli sementara Lembaga.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain
15. (1) Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16, Lembaga boleh melantik atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini. (2) Tiada seorang pun yang mempunyai secara langsung atau secara tidak langsung, sama ada sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau sesuatu kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga layak diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga.
(3) Seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga yang mempunyai atau memperoleh sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpa notis.
Tatatertib pegawai dan pekhidmat
15A. (1) Suatu Jawatankuasa Tatatertib Lembaga hendaklah diadakan yang terdiri daripada dua orang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli-ahli Lembaga, seorang daripada mereka hendaklah dipilih menjadi pengerusi, dan Timbalan Pengerusi yang dilantik di bawah subseksyen 5(1).
(2) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan setiap pegawai dan pekhidmat Lembaga, selain Timbalan Pengerusi, ialah Jawatankuasa Tatatertib Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(3) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan Timbalan Pengerusi ialah Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pengerusi dan dua orang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.
(4) Timbalan Pengerusi tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa Tatatertib dalam apa-apa prosiding di hadapan Jawatankuasa itu yang di dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.
(5) Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apaapa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 32A.
(6) Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan jawatankuasa yang diwakilkan kepadanya fungsi, kuasa atau kewajipan sedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengulang kaji, menghapuskan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa sedemikian.
(7) Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga menjadi ahli sesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apaapa kuasa tatatertib ke atas pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripada dia.
(8) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dirayukan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 15B.
(9) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (3) boleh dirayukan kepada Menteri.
(10) Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Tatatertib.
(11) Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri di bawah subseksyen (10) adalah muktamad dan konklusif.
Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib
15B. (1) Suatu Lembaga Rayuan Tatatertib bagi Lembaga hendaklah diadakan yang terdiri daripada ahli yang berikut:
- (a) Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib itu dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan
- (b) tiga orang ahli Lembaga, yang bukan ahli Jawatankuasa Tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib itu dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.
(2) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 15A, seseorang ahli Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga ahli Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan rayuan itu.
Penamatan demi kepentingan awam
15C. (1) Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuat kepada Lembaga bahawa wajar perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam, Lembaga boleh meminta suatu laporan penuh daripada pegawai atasan pegawai atau pekhidmat yang terhadapnya representasi itu dibuat yang hendaklah mengandungi butir-butir berhubungan dengan kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu.
(2) Jika, setelah menimbangkan laporan yang diterima di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa, setelah mengambil kira syarat perkhidmatan, kebergunaan pegawai atau pekhidmat itu, kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu dan segala hal keadaan lain kes itu, wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.
(3) Sah di sisi undang-undang bagi Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah Akta ini dan Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu sedemikian.
(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, dalam menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat demi kepentingan awam di bawah seksyen ini, pegawai atau pekhidmat itu tidak perlu diberi apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai atau pekhidmat yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah seksyen ini tidak boleh dianggap telah dibuang kerja, tanpa mengira sama ada penamatan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu melibatkan suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan yang berhubungan dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembaga tidak memuaskan atau patut disalahkan.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat
16. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmatnya.
Bahagian IV
KEWANGAN
Penubuhan Kumpulan Wang
17. (1) Bagi maksud Akta ini, ditubuhkan suatu kumpulan wang yang ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
- (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;
- (b) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada wang pinjaman;
- (c) wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
- (d) wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
- (e) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
- (f) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau menjalankan mana-mana daripada kewajipannya; dan
- (g) segala jumlah wang atau harta lain yang boleh dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
(3) Dalam seksyen ini ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa wang yang dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan sebagai pinjaman.
Pengimbangan akaun hasil
18. Lembaga hendaklah mempunyai kewajipan untuk memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan dan menyempurnakan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 8, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk, tanpa menyentuh keluasan ungkapan itu, peruntukan berkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 17 dan 19 dan kesusutan dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Kumpulan wang rizab
19. Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang itu. Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
20. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
- (a) membayar segala perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen 25;
- (b) memberikan pinjaman di bawah seksyen 27;
- (c) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan fi serta kos lain, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran; Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/20 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/21 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/22 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/23 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/24 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/25 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/26 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/27 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/28 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/29 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/30 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/31 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/32 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/33 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/34 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/35 Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/36
- ↑ *CATATAN—Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971 [Akta 47] telah dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta tersebut telah dibubarkan—lihat seksyen 32 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].