Pergi ke kandungan

Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025

Daripada Wikisumber
←
Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025 [Akta 871] (2025)
Parlimen Malaysia
→

Tarikh Permulaan Kuat Kuasa: 18 Oktober 2025

8374Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025 [Akta 871]2025Parlimen Malaysia

​

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 871

AKTA FI (FERI PENGKALAN KUBOR) (PENGESAHAN) 2025

​

Tarikh Perkenan Diraja … … 7 Oktober 2025
Tarikh penyiaran dalam Warta … 17 Oktober 2025

​

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 871
AKTA FI (FERI PENGKALAN KUBOR) (PENGESAHAN) 2025

Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan perkhidmatan feri di antara Pengkalan Kubor, Malaysia dengan Takbai, Thailand yang ditadbir dan dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia semasa tempoh 1 Januari 1999 hingga 31 Disember 2024.

[]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025.

Pengesahan dan tanggung rugi

2. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia berkenaan dengan perkhidmatan feri di antara Pengkalan Kubor, Malaysia dengan Takbai, Thailand semasa tempoh 1 Januari 1999 hingga 31 Disember 2024 hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah.

​(2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa atau dimulakan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa atau dimulakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah, dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.

 Satu atau lebih banyak lesen hak cipta terpakai pada karya ini.


Karya ini adalah dalam domain awam di Malaysia kerana:

karya sastera tidak termasuk teks badan berkanun yang bersifat perundangan atau kawal selia secara alami, keputusan kehakiman, ucapan atau perbahasan politik, ucapan dalam prosiding undang-undang, dan terjemahan bahan-bahan yang disebutkan ini.

atau tempoh hak cipta 50 tahun tersebut telah luput untuk:

karya sastera, muzik atau seni dengan pengarang meninggal dunia sebelum tarikh 6 Oktober 1976; atau jika tidak diterbitkan sebelum pengarang meninggal dunia, pertama kali diterbitkan sebelum tahun 1976; atau jika diterbitkan tanpa sebarang nama sebenar mahupun nama samaran, pertama kali diterbitkan atau pertama kali disediakan untuk paparan umum (yang terkini antara keduanya), sebelum tahun 1976.
rakaman suara yang mula diterbitkan sebelum tahun 1976; atau jika ia belum diterbitkan maka penetapan sebelum atau pada tahun 1976.
siaran yang mula dilakukan sebelum tahun 1976.
filem yang mula diterbitkan sebelum tahun 1976.

Public domainPublic domainfalsefalse

Karya ini berada dalam domain awam di Amerika Syarikat kerana merupakan edik pemerintah, sama ada tempatan atau luar negeri. Sila lihat § 313.6(C)(2) Ikhtisar II: Amalan Pejabat Hak Cipta. Dokumen-dokumen tersebut termasuklah "enakmen perundangan, keputusan kehakiman, peraturan pentadbiran, ordinan awam, atau jenis bahan undang-undang rasmi yang serupa" serta "mana-mana terjemahan yang disediakan oleh seorang kakitangan pemerintah yang bertindak dalam menjalankan tugas-tugas rasminya."

Ini tidak termasuk karya-karya Pertubuhan Negara-Negara Amerika, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau mana-mana agensi khusus PBB. Lihat Ikhtisar III § 313.6(C)(2) dan 17 U.S.C. 104(b)(5).


Suatu edik pemerintah Amerika mungkin masih mempunyai hak cipta di luar A.S. Amalan Pejabat Hak Cipta A.S. di atas tidak menghalang negeri atau kawasan A.S. daripada memegang hak cipta di luar negara, bergantung pada undang-undang dan peraturan hak cipta asing.

Public domainPublic domainfalsefalse